Ahad, 9 November 2008

Di Bawah Kekuasaan Lelaki Kulit Hitam


Dalam sejarah pemilihan Presiden Amerika Syarikat pada kali ini telah membawa kepada cetusan baharu dalam arena politik luar negara apabila satu-satunya calon kulit hitam telah berjaya menarik perhatian seluruh rakyatnya malah yang lebih mengejutkan lagi beliau telah berjaya menarik warga beragama Islam untuk menyokong bagi menghadapi lawannya iaitu John Mc Cain. Beliau yang dimaksudkan ialah Barrack Obama yang namamaya pasti akan menjadi lagenda kerana beliau akhirnya berjaya memecahkan tradisi dalam kepimpinan Amerika Syarikat apabila beliau telah diangkat oleh masyarakat untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat kulit hitam pertama dalam sejarah.




Kehebatan obama dalam berpidato menjadikan beliau seorang yang berpengaruh sehingga mampu mengubah pendirian seseorang individu. Oleh itu memang tidak dinafikan bahawa kehebatan beliau ini telah berjaya mendapat sokongan daripada masyarakat dunia.Malah rakyat muslim yang rata-ratanya terdiri daripada Parti Republikan yang diwakili oleh john Mc Cain juga telah keluar untuk memberi sokongan terhadap Obama. Maka , jelaslah bahawa rakyat muslim di Amerika Syarikat begitu menaruh harapan yang tinggi terhadap Obama.Begitu juga dengan beberapa buah negara majoriti Islam lain yang turut menyandarkan harapan terhadap pemimpin kulit hitam ini.


Di dalam hal ini adakah masyarakat sudah meluat dengan sikap serta tindakan Bush yang selama ini hanya pandai berkata-kata tetapi tidak pandai melaksanakan tanggungjawab sebagai presiden. Malah di bawah pemerintahan si kulit putih ini jugalah yang telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat antarabangsa kerana telah menghancurkan negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Iraq ditambah lagi Iran dalam usahaya ingin membawa kemajuan di dalam bidang nuklearnya juga turut diancam dengan kecaman daripada pihak Amerika.


Obama telah melakukan pelbagai rancangan dalam usahanya untuk menarik minat masyarakat dunia untuk menyokong beliau justeru beliau sendiri telah menjelajah ke beberapa buah negara eropah dan kesannya juga turut memperlihatkan masyarakat eropah juga turut menyandarkan harapan terhadap Obama. Hal ini mungkin didorongi oleh dasar Obama yang mendasari strategi diplomasi berbeza dengan zaman pemerintahan Bush yang memperlihatkan dasarnya melalui strategi ketenteraan dan dan pertahanan sebagai yang utama menjadikan masyarakat dunia sudah jelik dengan tindakannya tersebut.


Walaubagaimanapun hipotesis terhadap keinginan Obama untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat slam adalah suatu perkara yang boleh dipertikaikan dan menjadi suatu perkara yang sangat mustahil. Menurut pemerhatian, sepanjang kempen pemilihan presiden yang beliau jalankan selama ini memperlihatkan bahawa beliau sangat berhati-hati dan seboleh-bolehnya tidak mahu dikaitkan dengan dirinya dengan Islam. Mana tidaknya, melihat kepada nama beliau sahaja(Barrack Hussein Obama) sudah menggambarkan bahawa suatu harapan yang besar daripada masyarakat Islam. Pun begitu, Amerika bukanlah penyelesai kepada isu kemelut yang berlaku dinegara Islam seperti Palestin tetapi hakikatnya ia bergantung kepada Israel melalui organisasi Aipac iaitu pelobi Pro-Israel di Washington yang menjadi tulang belakang kepada presiden AS dalam menghadapi isu di Asia Barat Keadaan disukarkan lagi apabila Obama merupakan penyokong kuat bagi organisasi tersebut. Jadi sejauhmanakah pemerintahan di bawah presiden berkulit hitam ini??? Adakah memberi reaksi positif ataupun negatif bagi masyarakat Islam itu sendiri? Ingat belum lagi mengangkat sumpah sebagai presiden, beliau sudah menyuarakan serta memberi amaran kepada Iran agar menghentikan program nuklear mereka. Adakah juga perang dunia ketiga akan berlaku dibawah kekuasaan beliau.

Tiada ulasan: