Sabtu, 11 Julai 2009

Bangkit dan sedarlah Masyarakat Seislamku

Macam-macam isu yang sering kali kita dengari mengenai masalah dalam kalangan remaja hari ini. Antara isu yang sering kali mendapat perhatian kita sejak akhir-akhir ini ialah kes-kes zina dalam kalangan pelajar, penyalgunaan dadah, rokok, rempit dan sebagainya. Tentu sahabat sekalian sedih sekali melihat ada antara sahabat kalian yang terlibat dengan gejala-gejala sebegini tatkala anda sedang menuju ke satu transformasi kehidupan ke arah yang lebih baik. Saya sendiri menyedari akan hakikat tersebut, namun sejauhmanakah kekuatan yang dimiliki oleh saya dan saudara di luar untuk membantu mengembalikan kembali ummah kita terutamanya generasi muda kita ke landasan yang betul. Memang payah kan. Tetapi itulah hakikatnya kita sebagaimana manusia atau dengan lebih tepat lagi sebagai khalifah di muka bumi ini untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Allah telah menganugerahkan kelebihan akal kepada manusia dengan harapan kita dapat menggunakannya ke jalan yang benar. Jalan yang benar dimaksudkan ialah jalan yang dapat membimbing manusia ke arah kebaikan yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.

Sedarlah wahai manusia, umat akhir zaman ini sangat disayangi oleh nabi Muhammad S.A.W. Buktinya ialah ketika mana Rasulullah sedang nazak, baginda menyebut nama umatnya. Malah baginda meminta agar setiap kesakitan yang diterima oleh umatnya ketika hampir mati atau nazak dikumpulkan kepada Rasulullah sendiri untuk menerima kesakitan tersebut. Persoalannya cintakah kita kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W? Sejauhmanakah cinta kita terhadap Rasulullah.

Berbalik kepada topik utama kita mengenai remaja pada hari ini. Persoalan mengenai masalah umat ini ada kaitannya dengan cinta kita kepada Rasulullah. Masakan tidak, dengan kita mengamalkan sunnah serta meneruskan risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W secara automatisnya menunjukkan ketaatan kepada Allah serta cinta terhadap Rasulullah. Walaupun nabi telah meninggalkan kita sejak 1700 tahun lalu namun ia bukanlah halangan kepada kita untuk meneruskan amanah ini. Mungkin pada zaman dahulu perjuangan baginda bersama para sahabat jauh berbeza berbanding masa kini iaitu melalui peperangan justeru tidak menjadi masalah kepada kita untuk membawa kembali masyarakat Islam ke landasan yang sebenar. Namun, mungkin sedar atau tidak umat Islam hari ini sudah mula terkena tempias serangan pemikiran dari pihak Yahudi Israel serta kafir.

Saudara/saudari sekalian sedarkah betapa hebatnya golongan yang dilaknat Allah ini membuat serangan pemikiran kepada bangsa kita. Pertama sekali jika dilihat kuasa yang dimiliki oleh puak Yahudi ini jauh lebih kuat jika dibandingkan dengan kuasa besar dunia termasuklah Amerika Syarikat. Kekuatan mereka ini didorong oleh kejayaan mereka menguasai pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia. Dengan menakluk pemimpin-pemimpin tersebut sudah tentulah mereka akan menjadi bertambah kuat. Di tambah lagi desas-desus yang menyatakan bahawa Amerika telah berhutang dengan Israel sebanyak 3 trilion. Satu jumlah yang sangat besar yang mampu membuatkan Amerika tunduk kepada Israel.

Satu lagi dakyah yang dibawa masuk oleh golongan ini ialah dengan memasukkan unsur hiburan yang melampau dalam kalangan masyarakat Islam hari ini. Kesannya telah diterima oleh masyarakat Melayu yang mengaku Islam tetapi jauh sekali mempraktikkannya. Lihatlah dikaca-kaca televisyen mahupun di corong-corong radio kita. Apakah kandungan yang dibawa?sudah tentulah cerita-cerita berkaitan program realiti seperti AF, Mentor, One In Million dan sebagainya. Malah cerita berkaitan artis diangkat dan diperbesar-besarkan serta dijadikan sebagai bahan melariskan serta fitnah. Apa sudah jadi kepada bangsa kita? Di manakah letaknya program atau aktiviti berunsur keagamaan. Fikirlah anda berapa jamkah waktu yang diperuntukkan bagi cerita yang berunsurkan keagamaan? Mahukah negara kita ini dirobohkan dek kerana sentuhan media yang tidak berada pada posisi yang sebenarnya. Realitinya, masyarakat sangat dahagakan program-program yang berbentuk ilmiah ini, namun akibat disogok dengan cerita yang mengkhayalkan minda justeru membuatkan mereka alpa akan hakikat yang sebenarnya.

Satu lagi perkara yang menjadi kekuatan golongan Yahudi ini ialah penguasaan mereka terhadap ekonomi dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa golongan ini sedang dan sentiasa mempertingkatkan penguasaan mereka terhadap ekonomi dunia. Mereka percaya dengan menggenggam ekonomi akan memudahkan lagi rancangan mereka untuk menguasai dunia. Lihatlah rangkaian perniagaan mereka yang sedang bermaharajalela dimana-mana sahaja termasuklah Malaysia. Mc Donald, Starbuck, Coca-cola, rokok dan sebagainya telah menghujankan peluru kemusnahan kepada rakyat Palestin namun kita masih lagi setia menaburkan wang ringgit kita untuk mendapatkan kenikmatan yang tidak seberapa itu.

Kelalaian umat Islam pada hari ini haruslah disedarkan umpamanya seseorang yang sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah yang harus dikejutkan dari mimpi indah tersebut untuk bangun bersama-sama dalam usaha membentuk fikrah remaja yang baik. Mahukah kita membiarkan keadaan ini terus berterusan tanpa sebarang usaha. Sampaikanlah walaupun satu ayat nescaya kita akan ditempatkan dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat hidayah dan syafaat dari Allah.

1 ulasan:

Anak Desa berkata...

pada pandangan saya umat islam perlu bersatu menentang kekejaman zionis...Takbir...