Ahad, 9 November 2008

Di Bawah Kekuasaan Lelaki Kulit Hitam


Dalam sejarah pemilihan Presiden Amerika Syarikat pada kali ini telah membawa kepada cetusan baharu dalam arena politik luar negara apabila satu-satunya calon kulit hitam telah berjaya menarik perhatian seluruh rakyatnya malah yang lebih mengejutkan lagi beliau telah berjaya menarik warga beragama Islam untuk menyokong bagi menghadapi lawannya iaitu John Mc Cain. Beliau yang dimaksudkan ialah Barrack Obama yang namamaya pasti akan menjadi lagenda kerana beliau akhirnya berjaya memecahkan tradisi dalam kepimpinan Amerika Syarikat apabila beliau telah diangkat oleh masyarakat untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat kulit hitam pertama dalam sejarah.




Kehebatan obama dalam berpidato menjadikan beliau seorang yang berpengaruh sehingga mampu mengubah pendirian seseorang individu. Oleh itu memang tidak dinafikan bahawa kehebatan beliau ini telah berjaya mendapat sokongan daripada masyarakat dunia.Malah rakyat muslim yang rata-ratanya terdiri daripada Parti Republikan yang diwakili oleh john Mc Cain juga telah keluar untuk memberi sokongan terhadap Obama. Maka , jelaslah bahawa rakyat muslim di Amerika Syarikat begitu menaruh harapan yang tinggi terhadap Obama.Begitu juga dengan beberapa buah negara majoriti Islam lain yang turut menyandarkan harapan terhadap pemimpin kulit hitam ini.


Di dalam hal ini adakah masyarakat sudah meluat dengan sikap serta tindakan Bush yang selama ini hanya pandai berkata-kata tetapi tidak pandai melaksanakan tanggungjawab sebagai presiden. Malah di bawah pemerintahan si kulit putih ini jugalah yang telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat antarabangsa kerana telah menghancurkan negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Iraq ditambah lagi Iran dalam usahaya ingin membawa kemajuan di dalam bidang nuklearnya juga turut diancam dengan kecaman daripada pihak Amerika.


Obama telah melakukan pelbagai rancangan dalam usahanya untuk menarik minat masyarakat dunia untuk menyokong beliau justeru beliau sendiri telah menjelajah ke beberapa buah negara eropah dan kesannya juga turut memperlihatkan masyarakat eropah juga turut menyandarkan harapan terhadap Obama. Hal ini mungkin didorongi oleh dasar Obama yang mendasari strategi diplomasi berbeza dengan zaman pemerintahan Bush yang memperlihatkan dasarnya melalui strategi ketenteraan dan dan pertahanan sebagai yang utama menjadikan masyarakat dunia sudah jelik dengan tindakannya tersebut.


Walaubagaimanapun hipotesis terhadap keinginan Obama untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat slam adalah suatu perkara yang boleh dipertikaikan dan menjadi suatu perkara yang sangat mustahil. Menurut pemerhatian, sepanjang kempen pemilihan presiden yang beliau jalankan selama ini memperlihatkan bahawa beliau sangat berhati-hati dan seboleh-bolehnya tidak mahu dikaitkan dengan dirinya dengan Islam. Mana tidaknya, melihat kepada nama beliau sahaja(Barrack Hussein Obama) sudah menggambarkan bahawa suatu harapan yang besar daripada masyarakat Islam. Pun begitu, Amerika bukanlah penyelesai kepada isu kemelut yang berlaku dinegara Islam seperti Palestin tetapi hakikatnya ia bergantung kepada Israel melalui organisasi Aipac iaitu pelobi Pro-Israel di Washington yang menjadi tulang belakang kepada presiden AS dalam menghadapi isu di Asia Barat Keadaan disukarkan lagi apabila Obama merupakan penyokong kuat bagi organisasi tersebut. Jadi sejauhmanakah pemerintahan di bawah presiden berkulit hitam ini??? Adakah memberi reaksi positif ataupun negatif bagi masyarakat Islam itu sendiri? Ingat belum lagi mengangkat sumpah sebagai presiden, beliau sudah menyuarakan serta memberi amaran kepada Iran agar menghentikan program nuklear mereka. Adakah juga perang dunia ketiga akan berlaku dibawah kekuasaan beliau.

Selasa, 4 November 2008

Jangan Sesekali Meragui Al-Quran


Dan jika kamu meragukan (Al-Quran) yang Kami Turunkan kepada hamba kami(Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Jika kamu tidak mampu membuatnya, dan pasti tidak akan mampu, maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir

(2:23-24)

Kebenaran Al-Quran adalah suatu perkara yang pasti bagi setiap muslim. Malah di dalam rukun Iman juga telah meletakkan Al-Quran sebagai pegangan justeru barangsiapa yang mengetepikan ayat-ayat Allah ini secara automatisnya iman serta akidah juga telah hilang dari pegangannya. Seharusnya sebagai seorang muslim jangan sesekali kita terdetik walaupun sedikit untuk mengetepikan ayat-ayat suci ini kerana sesungguhnya Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia dalam menjalani liku-liku kehidupan di dunia ini. Malah ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-Quran ini tersimpan seribu makna yang seharusnya dirungkai oleh umat Islam..
Saya tertarik untuk mengambil satu kisah untuk dikongsi yang menunjukkan bahawa betapa hebatnya ayat-ayat Al-Quran ini.

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air masin ditengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawaban yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan…” Ertinya: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing ..”

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir; yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentangbertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diartikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar darisungai dan air masin dari laut.
Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju min huma lu’lu`u wal marjaan” artinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an inimustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasiyang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeaupun berkata bahwa AlQur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Justeru saudara-saudari apa yan patut diragui lagi dengan Al-Quran teruskan mengamal dengan membaca serta mengkaji ayat-ayat suci ini kerana ia merupakan benteng untuk kita mempertahankan diri dari gangguan syaitan. Kisah yang saya bawakan ini adalah satu dari beribu-ribu kisah yang dimana memperlihatkan kehebatan ayat suci ini mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang dikendakinya......