Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi


Ramadhan datang lagi dengan seribu satu harapan. Sudah tentu kehadirannya dinanti-nantikan oleh mereka yang mengharapkan seribu satu Rahmat dariNya. Walaubagaimanapun ada juga yang menjadikan Ramadhan ini sebagai pintu rezeki untuk menambahkan sumber pendapatan sampingan. Tidak mengapalah itu rezeki masing-masing. Ada juga yang tidak terkecuali terdetik perasaan di lubuk hati mereka merasakan kehadiran bulan ramadhan ini merupakan satu beban yang besar pada diri. Maklumlah, terpaksa menahan lapar dan minum dalam tempoh waktu yang lama. Walaubagaimanapun, itulah ujian yang Allah mengkehendakkan setiap umat manusia lalui. Jika tidak, apa gunanya bagi Allah untuk mencipta manusia jika bukan untuk menyembah kepadaNya. Jadi, ikhlaskan diri kita dalam menghadap bulan Ramadhan ini. Allah telah memuliakan Al-Quran ini pada bulan ramadhan justeru jadikan Al-Quran sebagai pegangan dalam membina kekuatan diri agar menjadi benteng yang ampuh bisa melemahkan nafsu jahat. Inilah jalan bagi membuktikan rasa cinta kita kepada Allah kerana sudah tentu setiap amalan kita ada balasannya..........

Tiada ulasan: